KUANTAN: Seorang guru tadika mendakwa kerugian RM4,200 selepas berkenalan dengan seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai 'menteri' menerusi laman Facebook pada awal bulan ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa, wanita berusia 59 tahun itu mendakwa telah ditawarkan wang tunai RM1 juta dan kereta mewah Rolls-Royce sekiranya bersetuju menjadi isteri 'menteri' berkenaan.
Beliau berkata mangsa turut diminta untuk berurusan dengan seorang individu bernama Siti yang memperkenalkan dirinya sebagai pengurus bank sebelum diminta wang kononnya sebagai yuran pemprosesan sebagai isteri suspek.
"Mangsa seterusnya telah memasukkan wang sebanyak RM4,200 ke dalam nombor akaun milik seorang lelaki pada Jumaat lepas.
"Bagaimanapun, mangsa yang berasa ditipu dan tidak berpuas hati kerana suspek telah mempergunakan nama menteri untuk memperdayanya bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Temerloh semalam," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Polis kini sedang mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 13 2021
Mangsa telah ditawarkan wang tunai RM1 juta dan kereta mewah Rolls-Royce sekiranya bersetuju.
Saham MAHB alami kejatuhan ketika urus niaga diteruskan semula, pelabur dinasihat terima tawaran
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengalami kejatuhan sejurus urus niaganya disambung semula hari ini.
Terengganu rekod 10 kes strok haba, kelesuan haba sepanjang April
Sebanyak 10 kes strok haba dan kelesuan haba direkodkan berlaku di Terengganu sepanjang April lalu membabitkan kumpulan berisiko terutama buruh ladang dan pekerja binaan.
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
Google bakal kenal pasti panggilan scam ketika perbualan berlangsung
Google menjayakan perkara ini melalui integrasi Gemini Nano yang disertakan terus pada telefon Android.
MOF minta orang ramai berwaspada penipuan STR, SARA
Kementerian Kewangan menasihati orang ramai agar berwaspada dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan talian rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Kerani rugi RM109,540 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang kerani wanita sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM109,540 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud dalam talian.
Sindiket tipu pelaburan di TikTok tumpas, lapan ditahan
Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka yang ditahan berumur lingkungan 21 hingga 43 tahun.
Wujud portal bantu rakyat lawan scam, tangkis fitnah - Fahmi
Sebuah portal yang memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) akan diwujudkan, untuk membantu rakyat mengesahkan maklumat yang diterima, menangkis berita fitnah serta melawan penipuan atau scam.
Kontraktor rugi lebih RM600,000 ditipu syarikat pelaburan tidak wujud
Mangsa berusia 41 tahun itu dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp yang mengandungi tip serta informasi berkaitan saham Malaysia.
Pengurus syarikat berputih mata rugi lebih RM500,000
Lelaki berusia 58 tahun itu pada mulanya telah mengenali seorang wanita yang menggunakan nama samaran, Amy di aplikasi WeChat.
'Anak diseksa, dipukul, dipaksa makan daging babi' - Ibu
Hasrat seorang lelaki OKU mengumpul wang sempena Aidilfitri musnah apabila menjadi mangsa penipuan sindiket pemerdagangan manusia di sempadan Myanmar-Thailand.
Petronas keluarkan amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran
Petronas berkata ia mengambil maklum mengenai satu penipuan pelaburan melibatkan penggunaan tanpa izin bagi nama dan logo syarikat.
Warga emas kerugian RM173,500 diperdaya 'phone scam'
Mangsa terima panggilan daripada seorang individu menyatakan kononnya dia mempunyai bungkusan meragukan, sebelum talian disambungkan kepada 'polis'.